ChatRoom!!

Lelaki Terkecil Di Dunia Meninggal Dunia

Tuesday, August 23, 2011

He Pingping

Lelaki paling rendah di dunia, He Pingping, telah meninggal dunia pada usia 21, jurucakap Guinness World Records melaporkan.

Pingping yang mempunyai ketinggian 29 inci, telah difilemkan dalam satu rancangan televisyen di Itali apabila dia mengalamai masalah pada dadanya.

Lelaki kelahiran China ini menjadi pemegang rekod sejak Mac 2008, telah dibawa ke hospital Rom untuk menjalani rawatan tetapi meninggal dunia pada Sabtu lalu. Ia difahamkan meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Craig Glenday, ketua pengarang Guinness World Records dan juga lelaki yang bertanggungjawab mengambil ukuran ketinggian Pingping di Inner Mongolia dan mengesahkan statusnya sebagai lelaki paling kecil di dunia, turut memberikan penghormatan kepadanya.

Katanya: "Sejak saya melihatnya saya tahu dia seseorang yang istimewa - dia memiliki sebuah senyuman comel dan personaliti nakal, anda tidak dapat mengelak daripada tertawan dengannya."

"Dia menghiburkan hati setiap orang yang ditemuinya, dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang berbeza atau luar biasa."

Pingping, yang telah dilahirkan sebagai insan kerdil, telah diiringi oleh abang iparnya ketika perjalanannya ke Eropah untuk rakaman Lo Show Dei Record. Penggantinya akan diumumkan pada tarikh yang sesuai kelak, Guinness World Records menyatakan.

0 comments:

Post a Comment

COMMENT