ChatRoom!!

Cara mudah mencari muka surat (mengikut Juz) dalam al-Quran.

Sunday, September 4, 2011



Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.


 Contoh 1

 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat. Juzuk 5 bermula pada halaman 82.


Contoh 2

 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:


 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.


 Contoh 3


 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442.




Subhanallah, sungguh menakjubkan.



0 comments:

Post a Comment

COMMENT